Friday, 23 December 2011

Tabahnya wanita

I Love you syg...
I Miss you syg...
I Want you syg...
We will be together FOREVER...

Penipuan semata-mata, pernahkah anda mendengar kata-kata ini sebelum ini daripada seorang lelaki yang anda cintai dan kemudiannya satu hari kemudia dia tinggalkan kamu? Betapa peritnya bila kita mengimbau kembali kenangan-kenangan yang pernah kita lalui bersamanya dahulu bukan. Apakan daya, kita sebagai seorang wanita sering saja dijadikan sebagai boneka permainan seorang LELAKI. Mulanya, semua pun manis belaka. Lebih indah daripada apa pun. Apa pun seakan akan benar dan bukan penipuan. Kemudiannya, belang seorang lelaki mulai kelihatan. Kita masih sabar dan berdiam, tetap mencintainya sama seperti yang dahulu. Kemudiannya lagi, si lelaki mulai buat hal yang lebih besar kita masih bersabar dan bersabar tetap mencintai dan menganggap semuanya itu cabaran dalam percintaan. Sampailah pada satu ketika MEREKA meninggalkan kita tanpa sebab yang pasti. Kita terkedu, menangis dan bersedih. Hanya itu yang mampu kita lakukan.

Duhai lelaki, pernahkah anda menghargai kami WANITA? mungkin ada, tapi hanya segelintir. Pernahkah anda cuba untuk memikirkan perasaan kami yang telah banyak berkorban untuk kamu? pernahkah seketika kamu termenung memikirkan keperitan yang telah kami lalui dan tempuhi demi menjaga hati dan perasaan kamu sebagai lelaki yang amat kami cintai? (may be not)

Duhai, wanita. Kita sentiasa diumbang-ambing dek ombak yang bergelora, sentiasa terpaksa memikirkan perasaan orang lain tanpa perlu memikirkan perasaan kita sendiri yang belum tentu tenteram. Sentiasa terpaksa memberikan peluang kepada orang lain untuk kebahagiaan mereka (Jika dia bahagia aku juga akan bahagia.)


Air mata kita seakan akan hujan yang turun tanpa di undang oleh sesiapa. Jatuh bercucuran seperti sungai yang mengalir tenang namun hatinya bergelora. Begitu mudah pula sang lelaki menghancurkan hati kita, sampai bila hal ini berterusan?

Aku punya seorang teman, teman yang rapat. Sering di landa masalah dalam dunia percintaan. Merupakan seorang contoh terbaik dalam dilema seorang wanita. Dia merupakan seorang gadis yang hampir sempurna (bagi pandanganku) punya segalanya yang diidamkan oleh seorang lelaki. Punya rupa, punya kerjaya dan punya hati yang baik. Namun, tetap juga di sakiti oleh insan yang digelar kaum Adam. Setelah dia mengorbankan segalanya, lelaki itu meninggalkannya tanpa belas kasihan, pergi dengan wanita lain setelah puas mempergunakan hidupnya. Dia tak mau meninggalkan lelaki itu kerana cinta dan apa yang sudah terjadi. Namun, apakan daya seorang wanita tetap juga ditinggalkan dan terpaksa memilih antara hidup dan mati (syukur akalnya masih waras dan masih ada hingga ke hari ini).

Betapa tabahnya seorang wanita menempuhi dugaan melupakan kisah lalu yang hitam tanpa cuba untuk menoleh lagi ke belakang. Walau apa pun yang telah kita lalui, kita tetap melangkah dengan gagahnya umpama tiada apa yang pernah berlaku.


Wednesday, 21 December 2011

Kesilapan Besar

Tengah dok sibuk layan perasaan ngan nescafe panas, tetiba terlintas kat minda yg bijak nie pasal negara kita kini (taulah da nak dekat pilihan raya). Tetiba jugalah tangan nie gatal nak menaip (tak tau nak bagi sape baca). kemudian tersengih sorg2 (nasib baik takde org lain nampak). permainan politik masa kini (walaupun tak minat politik) mcm2 ada. Meramang gak bulu ketiak bila fikir balik. Takut2 negara kita yg aman nie pula jd mcm2 (taknak sebut... simpang malaikat 144.) Da kini mahasiswa pun da terlibat (semua gara2 AUKU). apa ke bendanya tue sye pun tak tau. Bukan tak tau cuma malas nak sebut (korg pun tau kan).

Apa yg sye blh lihat skang, pihak pembangkang da mula guna isu nie utk tarik perhatian Warganegara (XpcLy students Universiti). Nahhh... da kena da kerajaan. Da silap langkah da, mcmne kalo suma mahasiswa ikut pembangkang? tak ke naya tue? da lah negara kita nie mmg belianya banyak. Pembangkang lbh bijak dari kerajaan (biasalah da kerja cari kelemahan kerajaan) sekarang siapa susah...

Sye pla yg takut ngan hal nie, sye tak akui kerajaan kita PERFECT 100% tp kalo tgk penerajuan mereka dlm kerajaan kira okaylah (negara masih aman stabil). kita tak tau pla pembangkang nie kalo ambik tempat kerajaan jd camne kan (takut jge kalo jd yg sebaliknya). Tp da nmpak sgt skang nie pembangkang lbh banyak kelebihannya. Bahaya.

Satu kesilapan di sini adalah, menjadikan kes Adam Adli jd kes besar. Buat tindakan melulu dgn mcm2 perkara. (memperlihatkan satu kepincangan yg semua org blh perasan). Tiada kematangan dlm menyelesaikan masalah. Apa salahnya kan kalo hal nie bincang baik2. Tak payah buat cara agresif sgt. Semua pernah mudakan. Semua tau jiwa org muda nie mcmne. Semangat inkuiri itu membara mcm api. Apa salahnya kalo yg berpengalaman itu membimbing yg muda dgn cara yg berhemah. Bawa berbincang, seperti mana Nabi Muhammad dulu menjadikan PERBINCANGAN itu sbg satu medan penyelesaian masalah yg betul dan berkesan. Jgn main terpah je, mmglah sape2 pun naik bengangkan.

Ingatlah bahawa yang tua tidak akan kekal selamanya menjadi pemimpin. Siapa yg bakal menjadi pengganti, semestinya mereka yg muda. oleh itu sepatutnya bimbingan yang sepatutnya perlu di beri agar pihak yg lain tidak dapat mengambil kesempatan dalam kesempitan ini.

Fikir, fikirkan lah sendiri....

Isu hangat Adam Adli

Baru-baru ini, heboh satu Malaysia pasal penurunan bendera PM kat PWTC oleh Adam Adli. (actualy, still guessing) Lepas tue heboh pla pasal Pemuda UMNO yg agresif sgt sampai buat Demonstrasi kat UPSI. Lepas tue skang heboh lg pasal PKR & PAS pla nak buat Demonstrasi kat UPSI. (Nampaknya, UPSI jd famous da nie)

Wei, wei... apa nie? Demonstrasi-demonstrasi nie? da takde kerja lain ke?
Dok sibuk dgn demonstrasi pastu Warganegara(Rakyat=Hamba-->>so, i more prefer to used warganegara) pula terkontang-kanting bingung tak tau apa2. Ada yg g join ada pla yg duk diam jd pemerhati setia. Tp yg lg bestnya pla mereka2 yg bukan WARGANEGARA duk gelak kat kite yg sibuk dgn entah apa2. Tak takut ke kalau tiba-tiba mereka2 yg bukan WARGANEGARA tue ambik kesempatan?(fikirlah weii...)

Kata negara DEMOKRASI tak payahlah nak HEBOH sgt nak buat DEMONSTRASI. Tak boleh ke duk kat kedai kopi ke kedai mamak ke warung tepi jalan ke (kalo da takde tempat sgt nak pegi) buat MUSYAWARAH sikit secara aman. Tak payahlah sampai nak post mcm2 kat YOUTUBE lah ITUBE lah WETUBE lah nak mengugut. Kata berfikiran matang (matang ke tue?). Tak malu ke negara lain tgk... Fikirlah weii... YOUTUBE tue bukan org Malaysia je blh tgk. Negara lain pun blh tgk. Tak malu ke orang kat Indonesia, Singapura, Brunei tgk (mereka tue pun guna bahasa Melayu juga). Tak malu ke? kalo korg tak malu, kitorg malu.

Nak sgt org luar tau masalah dalaman negara kita ke? fikirlah weii...


Dah tue, perkara ciput pla yg jd isunya. Kalo isu besar sgt takpelah... banggalah sikit, ada juga org muda kat negara kita nie yg berfikiran OUT OF THE BOX. Sampai bila nak maju kalo slalu je, org yg bijak sikit da kena sekat. Da kena ugut mcm2. Kalo btl dia salah, bimbinglah dgn cara yg betul. Bukan dgn cara yg BIADAP juga. Tak perlulah sampai nak bunuh dialah nak pukul lah, nak ludahlah.

Kesian kat dia. Tak ke baiknya kalo org cam Adam Adli nie di didik dan di bimbing utk jd pemimpin negara suatu masa nanti. Tak terfikir ke yg dia nie ada ciri-ciri spt pejuang masa lalu? (tak perlu sebut sape, korg tau lah tue... suma ambik sejarah tyme kat skolah dulukan). Nah, kalo bgtu... napa tak rekrut je dia jd pelapis masa depan.

Jangan dok tgk sudut NEGATIF je... POSITIF tak di pandang pun.