Friday, 23 December 2011

Tabahnya wanita

I Love you syg...
I Miss you syg...
I Want you syg...
We will be together FOREVER...

Penipuan semata-mata, pernahkah anda mendengar kata-kata ini sebelum ini daripada seorang lelaki yang anda cintai dan kemudiannya satu hari kemudia dia tinggalkan kamu? Betapa peritnya bila kita mengimbau kembali kenangan-kenangan yang pernah kita lalui bersamanya dahulu bukan. Apakan daya, kita sebagai seorang wanita sering saja dijadikan sebagai boneka permainan seorang LELAKI. Mulanya, semua pun manis belaka. Lebih indah daripada apa pun. Apa pun seakan akan benar dan bukan penipuan. Kemudiannya, belang seorang lelaki mulai kelihatan. Kita masih sabar dan berdiam, tetap mencintainya sama seperti yang dahulu. Kemudiannya lagi, si lelaki mulai buat hal yang lebih besar kita masih bersabar dan bersabar tetap mencintai dan menganggap semuanya itu cabaran dalam percintaan. Sampailah pada satu ketika MEREKA meninggalkan kita tanpa sebab yang pasti. Kita terkedu, menangis dan bersedih. Hanya itu yang mampu kita lakukan.

Duhai lelaki, pernahkah anda menghargai kami WANITA? mungkin ada, tapi hanya segelintir. Pernahkah anda cuba untuk memikirkan perasaan kami yang telah banyak berkorban untuk kamu? pernahkah seketika kamu termenung memikirkan keperitan yang telah kami lalui dan tempuhi demi menjaga hati dan perasaan kamu sebagai lelaki yang amat kami cintai? (may be not)

Duhai, wanita. Kita sentiasa diumbang-ambing dek ombak yang bergelora, sentiasa terpaksa memikirkan perasaan orang lain tanpa perlu memikirkan perasaan kita sendiri yang belum tentu tenteram. Sentiasa terpaksa memberikan peluang kepada orang lain untuk kebahagiaan mereka (Jika dia bahagia aku juga akan bahagia.)


Air mata kita seakan akan hujan yang turun tanpa di undang oleh sesiapa. Jatuh bercucuran seperti sungai yang mengalir tenang namun hatinya bergelora. Begitu mudah pula sang lelaki menghancurkan hati kita, sampai bila hal ini berterusan?

Aku punya seorang teman, teman yang rapat. Sering di landa masalah dalam dunia percintaan. Merupakan seorang contoh terbaik dalam dilema seorang wanita. Dia merupakan seorang gadis yang hampir sempurna (bagi pandanganku) punya segalanya yang diidamkan oleh seorang lelaki. Punya rupa, punya kerjaya dan punya hati yang baik. Namun, tetap juga di sakiti oleh insan yang digelar kaum Adam. Setelah dia mengorbankan segalanya, lelaki itu meninggalkannya tanpa belas kasihan, pergi dengan wanita lain setelah puas mempergunakan hidupnya. Dia tak mau meninggalkan lelaki itu kerana cinta dan apa yang sudah terjadi. Namun, apakan daya seorang wanita tetap juga ditinggalkan dan terpaksa memilih antara hidup dan mati (syukur akalnya masih waras dan masih ada hingga ke hari ini).

Betapa tabahnya seorang wanita menempuhi dugaan melupakan kisah lalu yang hitam tanpa cuba untuk menoleh lagi ke belakang. Walau apa pun yang telah kita lalui, kita tetap melangkah dengan gagahnya umpama tiada apa yang pernah berlaku.


No comments:

Post a Comment